Nama saya yg sebenar ialah Mohd.Hanapi Hj.Ab.Manaf. Saya guna singkatan Mohan kerana masa muda-muda dulu sering juga menulis skrip drama radio di RTM Kota Bharu dgn nama samaran Mohan Kelantan. Saya seangkatan dgn Norhisham Mustaffa, A.Salam Nor dan Nik Arif Raja Yusof dan nama-nama lain yg saya lupa, maklumlah umur dah separuh abad.Saya amat tertarik dgn watak Mohan dlm filem Hindi lama, DOSTI. Laman ini juga saya tujukan khas kpd pelatih-pelatih Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Saya mengajar BM di MP Gaya hampir 12 tahun. Kpd murid-muridku; Salleh Gondolok, Awangku Tuah, Speedy Sumping, Rose Boik, Elizabeth, Edna Magbanua, Ghazali , Ong Be Be, Mat Amin, Ibrahim Maidin, Syed Ahmad dll nama yg cikgu telah lupa, ingatlah semasa kita sama-sama di puncak Kinabalu dan dlm dewan kuliah yg sentiasa ceria dan sering gemuruh bila cikgu minta kalian menjadi guru yg sentiasa mengamalkan konsep "TEACHING IS LIKE KISSING".Kpd Hj.Mohd.Rozaimi Ab.Razak dan Aziz, cikgu amat berbangga atas pencapaian kalian menjadi pensyarah di MP Gaya dan MP Kent, Tuaran.Kalau kau orang semuak masih ingat cikguk, hubungilah cikgu di MPKota Bharu. Sesungguhnya cikgu dan isteri sangat sayang hendak meninggalkan Sabah, The beautiful land below the wind. Kami very love Sabah. Cikgu tak dapat lagi suasana seperti di MP Gaya. Ada suasana keguruan di sini. Kpd teman-teman seperjuangan: Major Baharuddin Dato' Cincang Ujang, Zahba Selamat,Mohd.Rosly Mat Isa, Mohd.Nor Deni, Clare Tan, Agnes Khoo,Norhanida Anol, Edmond Jimbon, Paul, Tarmin Sukirjan, Ustazah Zubaidah Hj.Sulaiman dan our beloved bossess Mr.Kamal D.E.Quadra, Pn.Hjh.Rita T.Jaafar, En.Abdul Jalil Hj.Tahir dll., kepada semua selamat berjuang membimbing anak-anak Sabah khususnya dan Malaysia umumnya. sekian, wassalam.
email saya
|