 | Falsafah Pengetua kami, Tn.Hj.Mohd.Salleh bin Hj.Hussain,"Dalam melaksanakan KERJA BUAT kita di maktab ini, kita hendaklah jadi GILA. Gila kepada kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Orang kalau dah gila, tak kira apa lagi, tumpuan tak berbelah bagi, segala-galanya sanggup berkorban, korban masa, wang ringgit dan tenaga.Semuanya tak rasa rugi kalau bekerja semata-mata kerana Ilahi. Falsafah kerja Pengetua kami ini, sama dgn Falsafah Pendidikan yg diamalkan oleh Professor Pendidikan saya semasa mengikuti kursus Diploma Pendidikan di Universiti Malaya awal tahun tujuh puluhan iaitu Prof.Mac Gregor yg berpegang kepada konsep TEACHING IS LIKE KISSING - semasa itu kami ketawa besar - agak lucah sikit, tapi sekarang setelah hampir suku abad mengajar, saya rasa ada kebenaran konsep itu. Kalau tidak seronok, kita tidak akan kissing dgn pasangan kita. Tapi kalau dah seronok, tak kira baru makan petai ke jering ke, hantam saja bah! Begitulah ketika mengajar, kalau tak seronok, kita rasa amat tertekan. Masa satu jam macam satu hari. Kalau dah seronok mengajar, kita rasa amat selesa, menyediakan berbagai-bagai bahan pengajaran tanpa mengira lelah dan perbelanjaan.
|  |